Akaun dppnterengganu.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BANTUAN MANGSA BANJIR BUAT RAKYAT TERENGGANU





"Abih punoh barang, mesing air coway, robok kayu, teruk beng banjir ni. Derah molek air. Dok dang nok wak nape-nape. Hok penting anok bini selamat"


Begitulah antara luahan mereka yang tidak sempat untuk menyelamatkan apa-apa barangan kecuali diri sendiri dan keluarga. Keperluan rumah semuanya habis rosak akibat banjir. Berhari-hari di pusat pemindahan sehingga air surut, barulah dapat kembali ke rumah untuk proses pembersihan rumah.


Allah, berat dugaan mereka. Tambahan, ada juga diantara meraka yang terjejas akibat situasi semasa COVID-19.


Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berusaha membantu penduduk-penduduk yang terjejas ketika musim tengkujuh ini. Usaha ini bagi membantu 8 daerah yang terjejas di Terengganu. 


Banjir berserta selut, memerlukan water jet dan kerahan tenaga bagi membersihkan rumah penduduk setempat.



Air sudah mula naik ke jalan utama laluan penduduk kampung.



SASARAN DANA BANJIR 

 RM 100,000 

Fasa pertama memfokuskan bantuan makanan, bot, alat pembersihan dan keperluan-keperluan lain yang diperlukan segera ketika musim banjir ini. Barangan makanan asas akan diagihkan kepada 1000 keluarga. Selain itu, barangan keperluan lain seperti toto, pampers kanak-kanak, pampers dewasa, pakaian yang akan diagihkan di kawasan yang memerlukan.

Antara barang keperluan yang diagihkan di pusat pemindahan banjir.


Barangan makanan asas yang bakal diagihkan kepada penduduk.


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Moga dengan sumbangan ini membantu seluruh rakyat Terengganu yang terjejas. Pihak DPPNT akan berusaha membantu secara berfasa sehingga tamatnya musim tengkujuh. InsyaAllah.




Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah

Bank : Maybank
Nama : DANA TAAWUN DPPNT
No Akaun : 5630 6411 3873

Tolong letakkan reference "BANJIRuntuk mudahkan pihak kami agihkan dana.



Penafian:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  Ustaz Syamri (Bendahari Pemuda PAS Negeri Terengganu) di  talian +6019 936 6861

Ada Soalan? Klik ni